Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggugurkan saman yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu ke atas ADUN PAS Batu Burok Syed Azman Syed Ahmad dan tiga pihak lain berhubung pembelian pakaian seragam sekolah oleh kerajaan negeri.
Hakim Yeoh Wee Siam membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh defendan.
Mahkamah juga menggugurkan saman yang difailkan 15 Disember lalu oleh kerajaan menteri.
Hakim bagaimanapun meminta penjelasan lanjut daripada Menteri Besar Terenganu Datuk Seri Ahmad Said, sama ada beliau memfailkan saman atas kapasiti peribadi atau sebagai menteri besar.
Mereka menamakan Syed Azman, lidah parti PAS Harakah , ketua pengarang Ahmad Lutfi Othman dan penerbit Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
Plaintif mendakwa tulisan bertajuk 'Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?' yang ditulis Syed Azman dan disiarkan November tahun lalu sebagai fitnah.