Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zuraida kata PKR S'gor tak dirunding isu Latheefa
Diterbitkan:  Jul 17, 2012 11:42 AM
Dikemaskini: 4:48 AM

Timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin mendakwa kerajaan negeri tidak membuat rundingan dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa Koya sebagai ahli majlis daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor," katanya yang mahu Latheefa menimbang semula peletakan jawatan itu.

Katanya Latheefa memainkan peranan penting dalam "memacu budaya politik baru di dalam parti dan juga di dalam PBT (pihak berkuasa tempatan)."

"Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini," katanya lagi.

Latheefa semalam meletak jawatan sebagai ahli majlis serta merta apabila difahamkan bahawa beliau akan disingkirkan daripada jawatan tersebut.

Ketua biro hal ehwal guaman PKR itu tidak menyentuh secara langsung sebab peletakan jawatan tersebut tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS