Lebih 300 ahli NGO berdemonstrasi secara aman di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu berkaitan Universiti Selangor (UNISEL), Yayasan Selangor dan padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Zubir Zainuddin yang mengetuai bantahan itu menyerahkan memorandum mengenai tiga isu itu kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Norzatul Aini Kasim, yang mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Zubir mendakwa mereka tidak berpuas hati dengan 'kepincangan dan penyelewengan' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam menangani isu UNISEL, Yayasan Selangor dan rampasan padang bola Kelana Jaya.
- Bernama