Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor beku arahan asing pasangan Muslim di pawagam

Kerajaan Selangor hari ini membekukan peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor yang mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan dalam pawagam.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata arahan tersebut dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

azlan Bercakap di lobi bangunan DUN Selangor, Ronnie berkata keputusan

tersebut tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri.

"Tak diberitahu, (saya) hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. Ini bertentang dengan peraturan di seluruh Selangor," tambahnya.

Ronnie yang juga ADUN Pandamaran berkata yang dipertua majlis berkenaan telah diarahkan supaya menangguhkan pelaksanaan arahan tersebut.

Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan pihak panggung wayang yang mahu memperbaharui semula lesen mereka, telah diarahkan untuk menguatkuasakan arahan pengasingan gender tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS