Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis sahkan kematian lelaki dakwa 'Imam Mahadi'
Diterbitkan:  Jul 9, 2012 7:22 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.

"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis.

Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai.

Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS