Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM'
Diterbitkan:  Jul 6, 2012 1:02 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.

NONE "Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ( atas ).

Rafizi sebelum ini mendakwa projek tambahan LRT Laluan Ampang yang pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Datuk Seri Najib Razak.

Susulan pendedahan itu, Rafizi kini disiasat sepasukan polis dari Bukit Aman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

azlan Dalam kenyataannya semalam, Wan Azizah berkata, siasatan itu seolah-olah bertujuan menghalang Rafizi daripada terus bercakap tentang dakwaannya sebelum ini.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi polis terhadap Rafizi bertujuan melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

"Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas," katanya sambil menggesa polis menghentikan siasatan pada Rafizi itu.

"Sebaliknya, siasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS