Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

EKSKLUSIF Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dituduh memberi tender untuk membekalkan hamper hari raya bernilai sehingga RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.

xavier jayakumar pc 190110 02 Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan

kendallian jawatankuasa kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin Selangor, yang dipengerusikan oleh Exco Dr Xavier Jayakumar.

Xavier, bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut.

Syarikat yang dikatakan menerima bahagian terbesar tender itu, berjumlah RM1 juta, adalah sebuah firma pengedar padi di mana seorang ADUN Umno Johor menjadi pengarahnya.

Sumber-sumber yang dalam kerajaan Selangor memberitahu Malaysiakini bahawa tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta.

"Mereka diberikan melalui rundingan terus," kata sumber yang ada akses kepada dokumen-dokumen rasmi untuk menyokong dakwaannya itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS