Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Selangor mempertahankan setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Hussin yang diasak dalam isu pengeluaran surat sokongan, dengan mengatakan ia berbeza sama sekali dengan peristiwa melibatkan seorang ahli majlis Klang pada 2010.

NONE Dua tahun lalu, ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock dipecat selepas didakwa mengeluarkan sokongan bagi mendapatkan projek kerajaan negeri.

Ketika Tan Sri Khalid Ibrahim ditanya mengapa kerajaan negeri mengambil sikap yang berbeza dalam isu melibatkan Faekah, Ronnie Liew yang berada di sisinya mencelah:

"Ini isu yang berbeza".

Manakala Khalid pula menyambung: "Sebab itu saya tidak mahu mengulas perkara ini.

"Ya (isu yang berbeza)... Sama ada iya atau tidak, surat itu adalah surat sokongan, ia juga  merupakan isu yang lain. Ia akan dibincangkan."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS