Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden NGO JATI, Datuk Dr Hassan Ali menyifatkan penyebaran risalah mengaitkan DAP dan penyebaran agama Kristian pada ceramah JATI sebagai cubaan sabotaj pihak tertentu terhadap pertubuhan itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana ahli JATI menerbit atau mengedarkan risalah sedemikian rupa pada mana-mana acara anjurannya.

NONE "Jika benar ia berlaku, ini adalah satu cubaan sabotaj JATI yang dibuat pihak tertentu," kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mengulas dakwaan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung kewujudan satu risalah yang antara lainnya menuduh DAP cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Ng mendakwa risalah yang ditujukan kepada orang Melayu Islam itu diperoleh dari satu majlis anjuran JATI di Meru, Selangor.

Ng dalam sidang medianya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengedar risalah sedemikian.

Mengulas lanjut, Hassan Ali berkata JATI adalah pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja sahaja dan tidak pernah memperkecilkan agama lain atau menimbulkan kekacauan.

"JATI hanya menegakkan prinsip kehidupan bersendikan Islam, Melayu dan Raja. Kita tidak pernah memperkecilkan mana-mana agama lain," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS