Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA dakwa S'gor selamatkan Talam guna dana k'jaan

MCA hari ini mendedahkan dokumen yang mendakwa menunjukkan bahawa Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Bhd melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkaras sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.

Beliau bagaimanaun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.

Tambahnya, jumlah RM1 bilion itu melibatkan jumlah yang beredar dalam seluruh urusniaga yang dipertikaikannya.

Chua mendakwa, kerajaan negeri berjanji untuk mengutip semua hutang Talam kepada syarikat ata agensi kerajaan negeri.

Namun fakta yang diperolehinya menunjukkan kerajaan negeri sebaliknya memberikan wang tunai kepada Talam untuk aset syarikat tersebut, dakwanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS