Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS desak k'jaan jelaskan penamatan tugas Abu Bakar

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak kerajaan menjelas tindakan menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, mulai 1 Julai lalu.

Mahfuz menganggap penamatan tugas Abu Bakar sebagai "secara tiba-tiba" dan sebabnya masih lagi  "misteri" kepada 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telahpun menandatangani melanjutkan tugasnya sehingga berumur 60 tahun.

NONE Mahfuz mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan bawah Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya sambil menambah bahawa selepas merujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara".

"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.

'Siapa tandatangan surat tamat tugas?'

Mahfuz juga mahu kerajaan tampil menjelaskan siapakah yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar, sedangkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilapor menafikan menandatangani surat tersebut.

NONE "Semua 1.4 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui siapa yang menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar.

"Selalunya ketua setiausaha negara yang menandatangani. Jadi kita nak tahu, adakah surat itu ditandatangani sendiri oleh perdana menteri, " katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz juga berkata khabar angin yang tersebar mendakwa penamatan tugas Abu Bakar dikaitkan dengan isu kegagalan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Katanya, berdasarkan sejarah pembentukan skim tersebut, ia dibentuk pada ketika Tan Sri Ismail Adam, dan Abu Bakar hanya meneruskan keputusan yang dibuat sebelum itu, ketika menggantikan tugas Ismail.

"Selepas Tan Sri Ismail Adam bersara, Tan Sri Abu Bakar meneruskan apa yang dipersetujui oleh kabinet. Adalah tidak adil dikambinghitamkamkan (bekas) ketua pengarah perkhidmatan awam (Abu Bakar) atas kegagalan SBPA," katanya.

Minta Abu Bakar tampil

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendesak kerajaan menjelaskan apakah isu tersebut menjadi sebab Abu Bakar ditamatkan tugasnya.

"Saya minta penjelasan, kalau bukan kerana SBPA, kita nak tahu sebab apa," kata Mahfuz

NONE Dilaporkan, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

Mahfuz turut meminta Abu Bakar untuk tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau didakwa "dianiayai" kerajaan.

Ditanya sama ada isu tersebut memberi kelebihan kepada pembangkang, Mahfuz berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.

"Saya tidak mahu bercakap (pembangkang) ada kelebihan atau tidak. Nanti orang kata saya mempolitikkan isu ini.

"(Tetapi) kita bertanggungjawab memperbaiki sistem perkhidmatan awam kita. Kita tidak boleh biar sistem perkhidmatan awam dipolitikkan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS