Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata badan itu akan melawat tahanan bawah ISA yang mengadakan mogok lapar di  Kem Tahanan Kamunting.

Muhammad Sha'ani berkata, lawatan yang akan dilakukan pada masa terdekat itu juga akan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan terhadap tahanan berkenaan.

"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.

Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.

NONE Memorandum itu diserahkan oleh sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab.

Mogok lapar yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.

"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.

Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.

Memorandum tersebut antara lainnya turut mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap pegawai yang didakwa telah memukul tahanan yang mengadakan mogok lapar tersebut.

GMI turut mendesak agar KDN memberi jaminan bahawa tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan tindakan seperti itu.

Sekretariat GMI Ahmad Syukri Razab yang menyerahkan memorandum itu berkata, tahanan yang mendakwa dipukul itu - Fadzullah Razak dan Razali Kassan, kini diasingkan daripada tahanan lain.

"Kami menuntut menteri dalam negeri memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak kem KemTa.

"Kami juga meminta agar Suhakam dapat mengadakan konsultasi bersama KDN dan segera mengadakan resolusi sebelum keadaan bertambah buruk," kata Syukri.

Mogok lapar kedua yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.

GMI menghantar memorandum berkenaan hari ini daripada maklumat daripada peserta mogok lapar yang dilawati keluarga masing-masing semalam.

Lawatan tersebut turut disertai GMI yang mengadakan protes bersama ahli keluarga tahanan dan aktivis pelajar di hadapan kem berkenaan bagi menunjukkan solidariti bersama tahanan ISA yang mengadakan mogok itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS