Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan SPRM terhadap MP Serdang dan pembantunya

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan pembantunya berhubung dakwaan yang pembantunya telah mengambil sogokan sehingga RM14,500.

NONE "Saya mahu membuat susulan apa yang telah dilakukan (dengan siasatan tersebut) sejak laporan dibuat pada bulan Februari (oleh pihak lain)," katanya kepada pemberita di luar pejabat SPRM Putrajaya, selepas membuat laporan itu semalam.

Pada masa yang sama, kata Tan, SPRM telah menerima bukti baru yang telah diserahkannya.

Tan telah menuduh pembantu Teo - Chan Huan Guan - mengambil sebanyak RM14,500 dari seorang tuan rumah sebagai sogokan sejak 2009.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan membayar RM1,000 kepada seorang tuan rumah sebagai sewa pejabat Teo - dengan sogokan RM500 didakwa diberikan kepada Chan sejak Januari 2009 hingga Mei 2011.

Chan menafikan dakwaan tersebut dan telah membuat laporan polis terhadap Tan, serta memberi amaran akan memfailkan saman fitnah terhadap bekas ahli parlimen PKR itu.

Walaupun begitu, Tan membuat juga laporan kepada SPRM, sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai "bukti kukuh", sambil menegaskan bahawa Teo bebas untuk mendakwanya di mahkamah.

"Beliau (Teo) mungkin bukan yang membuat salah tetapi ia berlaku dalam pejabatnya. Beliau bertanggungjawab terhadapnya," kata Tan yang juga ahli Parlimen bebas.

[Baca berita penuh]

ADS