Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: Jangan pandang serong kenyataan Salahuddin
Diterbitkan:  Jun 25, 2012 8:50 AM
Dikemaskini: 1:34 AM

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyeru pemimpin politik dan NGO supaya tidak memandang serong terhadap kenyataan Naib President PAS, Salahuddin Ayub mengenai isu Thaipusam sewaktu debat bertajuk “Demonstrasi Jalanan Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi” baru-baru ini.

"Mipas ingin menegaskan kepada pemimpin politik dan NGO (supaya) jangan membuat keputusan menyeluruh berdasarkan sesuatu konteks sahaja. Kita perlu melihat secara menyeluruh apa yang Salahuddin ingin menjelaskan," kata Setiausaha Agung Mipas, Barathidasan Saminathan.

azlan "Apa yang beliau komen adalah bagaimana sesuatu perayaan agama seperti Thaipusam dan Maulidul Rasul boleh berlangsung dengan begitu aman tanpa kehadiran FRU, polis, DBKL dan pegawai penguatkuasa dengan sengaja mengadakan banyak sekatan jalan raya dan halangan serta menyusahkan rakyat dan penganjur .

"Mipas berpendapat jika kita tidak dapat menerima pandangan Salahuddin terhadap kenyataan yang salah, maka adalah wajar untuk kita menegur beliau.

"Tetapi adalah tidak baik dan tidak adil kita menentang semata-mata kerana beliau dari parti pembangkang serta pandangan beliau itu dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan, tegasnya, Mipas menyeru agar masyarakat lebih bersikap terbuka dalam sesuatu kenyataan yang diperkatakan, agar tidak sempit, perlu lebih rasional dan melihat isu tersebut secara menyeluruh.

"Janganlah kita sengaja memperbesarkan, mempolitikkan dan mensensasikan isu tersebut serta cuba meraih publicisi murahan," tambahnya.

Minggu lalu, Pemuda MIC meminta Salahuddin memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

http://www.malaysiakini.com/news/201662

Ketuanya berkata Pemuda MIC juga telah membuat laporan polis terhadap Salahuddin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS