Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul, dikencing

Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang".

Menurutnya, insiden itu dilakukan oleh anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan dan bukannya pihak polis.

Bagaimanapun, tambahnya, itu tidak bermakna nota yang diseludup itu tidak berwibawa.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.

Dakwanya, walaupun insiden kali ini tidak dilakukan oleh polis tetapi dalam kes lain terdapat kawan-kawannya menjadi mangsa polis semasa dalam reman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS