Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak kagum dengan langkah kerajaan untuk memulihkan sekolah persendirian Cina di Kuantan kerana menurutnya sistem sekolah vernakular memisahkan negara ini.

Bekas perdana menteri secara tidak langsung menggambarkan beliau tidak gemar terhadap tindakan untuk menyemak dasar terhadap sekolah persendirian Cina.

Dalam sidang media selepas melancarkan pertandingan esei di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir juga berkata, sekolah mesti menggunakan bahasa kebangsaan yang diucapkan penduduk asal negara ini.

NONE Beliau ditanya sama ada kerajaan patut membenarkan membenarkan pembinaan sekolah persendirian Cina dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu yang diterima di seluruh dunia tetapi tidak di Malaysia.

Menyalahkan sistem pendidikan yang didakwa menjejaskan perpaduan negara, Dr Mahathir berkata, terdapat pihak terus membangkitkan isu identiti etnik kerana mereka mahu kekal terpisah.

"Mereka tidak mahu duduk dalam satu negara, mereka mahu tiga entiti berbeza. Kita tidak boleh mengundur (daripada persetujuan lepas). Tetapi jika kamu mahu jadikannya terburuk, pisahkan keseluruhannya.

"Kembalilah ke zaman British - orang Cina di bandar, India di estet, Melayu di kampung memancing," katanya sinis.

Perdana menteri selama 22 tahun itu memberi amaran terhadap langkah kerajaan menggunakan pendekatan populis dalam membuat dasar negara.

"Kamu mesti tetap pada prinsip. Jika kamu mahu ikut semua untuk menjadi popular, kamu akan rugi," katanya.

Dr Mahathir berkata, mengiktiraf sekolah persendirian Cina boleh mengarahkan rakyat Malaysia supaya terpisah kepada tiga kumpulan yang bercakap dalam bahasa yang berbeza.

"Kita tidak boleh bersama-sama. Mereka tidak akan dapat memahami satu sama lain walaupun tinggal di negara yang sama," tambahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS