Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Permodalan Felda (KPF) ke-31 berlangsung pagi ini dengan saringan polis yang agak ketat di pintu masuk dewan mesyuarat.

Anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk ke Dewan Perdana Felda, tempat mesyuarat akan berlangsung.

azlan Tinjauan ringkas Malaysiakini di kalangan perwakilan di luar dewan rata-rata berpendapat kehadiran polis sedikit lebih ramai pada mesyuarat tahun ini berbanding tahun lepas.

Pihak urusetia mesyuarat mengesahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak akan hadir ke mesyuarat kali ini.

Keahlian Isa dalam KPF sebelum ini menimbulkan pertikaian dan

bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan seorang peneroka, anak eneroka mahupun kakitangan Felda.

Mohd Isa merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan beliau dilantik secara kontrak sebagai pengerusi Felda.

Risalah kritik pengurusan sekarang

Semalam, mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membekukan sementara keahlian Isa dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF.

Jika keahliannya tidak dibekukan, Isa dipercayai akan dicadang untuk

dilantik sebagai pengerusi KPF yang baru dalam mesyuarat hari ini. 

Sementara itu, sebelum mesyuarat bermula pagi tadi, sebahagian perwakilan menerima risalah 'layang' mengkritik pengurusan KPF sekarang yang didakwa mengakibatkan kerugian kepada KPF.

Risalah itu yang dilampirkan bersama akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan percuma mendakwa pengerusi KPF sekarang menjadi punca utama KPF diketepikan daripada terlibat dalam penyenaraian FGVH.

Urusetia mesyuarat mengesahkan AGM kali ini menerima kehadiran 1192 orang perwakilan.

ADS