Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Veteran MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengakui bahawa Rafizi Ramli mungkin memberi cabaran sengit kepadanya dalam pertandingan untuk merebut kerusi parlimen Pandan.

Bagaimanapun, beliau tetap mempertikaikan komitmen pencabarnya itu untuk berkhidmat di kerusi tersebut.

"Saya harap ia bukan satu lagi kemunculan bermusim," katanya kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai hasrat Rafizi untuk bertanding di kawasan itu.

Ong yang mewakili kawasan parlimen Pandan sejak 2004 dan sebelum itu sebagai MP Ampang Jaya sejak 1989, merupakan tokoh yang amat dikenali di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Ong berkata Rafizi yang kali pertama bertanding itu mungkin sukar ditewaskan dan tidak berbeza daripada pencabar lain sebelum ini.

Katanya pencabarnya itu, daripada bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris, Datuk Zainal Rampak, R Sivarasa dan Syed Shahir Syed Mohamud tidak memberi kemenangan mudah kepadanya.

Tidak terkecuali, Rafizi akan memberi cabaran hebat kepadanya dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ong dalam satu wawancara melalui emel.

"Mereka tewas pilihan raya dan kemudian mereka hilang," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS