Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa dukacita kerana kritikan yang sering dilemparkan ke atas golongan Istana dibuat oleh golongan Melayu.
"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain tiada buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup," katanya di Twitter .
Kenyataannya itu timbul susulan kenyataan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang marah dengan kritikan yang disuarakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kos RM520,00 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW1.
Dalam tulisan tersebut, Tunku Ismail turut mempersoalkan mengapa bangsa bukan Melayu "tidak membuang masa membuat benda bodoh."
Tunku Ismail turut membayangkan bahawa golongan Melayu akan mengalami nasib seperti masyarakat di Singapura jika negara tidak mempunyai raja.
"Kalau dah susah jangan sibuk mencari raja. Berhentilah hidup dalam mimpi. Sedarlah dan mula hadapi fakta.
"Belajarlah untuk menghargai apa yang anda miliki dan bersyukur," katanya lagi dalam tulisan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata isu yang dihadapi Nizar tidak akan menjejaskan peluang PAS Johor untuk memenangi negeri itu dalam pilihan raya akan datang.
[Baca berita penuh]