Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
500 berhimpun sokong loji Lynas, institusi raja

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) hari ini berhimpun secara aman di Padang Kemunting di Kuantan bagi menyatakan sokongan terhadap usaha dan dasar kerajaan berhubung kewujudan kilang Lynas di Kuantan.

Kira-kira 500 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pekida serta Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang Beserah berhimpun di padang itu selama setengah jam bermula jam 10 pagi.  

Penyelaras operasinya, Zulfadzli Shamsudin berkata, sebanyak 43 buah NGO di Pahang membentuk Daun dan mendesak agar Lynas diteruskan kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, gabungan itu mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menyebarkan dakyah negatif mengenai projek tersebut dengan maklumat tidak tepat.

Selain itu, perhimpunan itu turut menyatakan sokongan terhadap institusi raja di negara ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS