Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN warta perintah larangan buku Ishad Manji
Diterbitkan:  Jun 14, 2012 1:44 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Allah, Liberty And Love' dan 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis Irshad Manji.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku itu dikenakan Perintah Larangan kerana mengandungi unsur mengelirukan orang awam yang menyeru kepada logik akal semata-mata dan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan

umat Islam di negara ini.

    

Pewartaan Warta Kerajaan P.U (A) 162 bertarikh 29 Mei 2012 itu, adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Katanya adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling,

menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

Abd Aziz berkata mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

    

Irshad Manji ialah seorang penulis wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual melalui hasil penulisannya.

    

Pada tahun 2009, hasil penulisannya bertajuk 'The Trouble With Islam Today' diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang turut bercanggah dengan fahaman

mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS