Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu.

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

"Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

"(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.

Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir.

Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah".

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS