Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurul Izzah fail usul Scorpene di Parlimen
Diterbitkan:  Jun 7, 2012 5:48 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memohon Parlimen membincang isu dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Nurul Izzah mencadangkannya menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan tujuan merundingkan perkara yang melibatkan kepentingan umum.

nurul izzah anwar podcast "Saya memohon agar dewan yang mulia membincangkan serta merta perkara ini yang melibatkan rahsia pertahanan negara dan perkara ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan kepada rakyat Malaysia," suratnya dipetik.

Sebelum ini, dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa, syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.

Dalam suratnya hari ini, Nurul Izzah juga berkata, pendedahan itu perlu diperjelaskan kepada kerana dakwaan itu serius dan melibatkan rahsia pertahanan negara.

"Dewan Yang Mulia ini juga tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan peranan Terasasi dan juga peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi yang melibatkan kertas penilaian Scorpene," menurut suratnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS