Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ANAK dakwa menteri 'salahguna kuasa' kecualikan Isa

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mengemukakan semakan kehakiman ke atas keputusan menteri mengabaikan peruntukan undang-undang dalam isu pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata tindakan itu akan dijalankan kerana menteri perdagangan dalam negeri dan koperasi Datuk Seri Ismail Sabri didakwa "menyalahgunakan kuasa" dalam tindakannya itu.

Menurutnya, Isa tidak memenuhi kelayakan sebagai ahli KPF kerana bekas menteri itu bukan merupakan seorang peneroka atau anggota keluarga kepada peneroka.

NONE "Malah, Isa juga bukan seorang kakitangan tetap Felda," katanya lagi yang menambah, ANAK juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mazlan (kiri) bimbang tindakan tersebut akan membolehkan Isa dilantik sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda yang pada masa ini menentang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

"(Isa) akan rombak pengurusan kanan KPF supaya KPF juga masuk dalam penyenaraian FGVH," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabat parti PAS hari ini.

Mazlan mengesyaki perkara itu akan dijalankan ketika mesyuarat lembaga KPF pada 20 Jun nanti.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah penasihat ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang berkata Ismail Sabri tidak boleh mengenepikan undang-undang kecil tersebut sewenang-wenangnya.

NONE "Ia hanya boleh dibuat dengan sebab munasabah, contohnya jika KPF berada dalam krisis, tapi koperasi bukan dalam krisis.

"Jadi kenapa lantik dan kecualikan Isa Samad daripada undang-undang kecil KPF," katanya lagi.

Ismail Sabri pada 5 Jun lalu dilaporkan berkata, menteri berkuasa mengikut Akta Suruhanjaya Koperasi untuk mengecualikan individu tertentu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF.

ADS