Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TLDM tidak mahu mengulas dakwaan penjualan dokumen sulit

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen sulit yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene, telah dijual kepada sebuah syarikat asing.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.

Ismail juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sebab pihaknya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut.

Pada 31 Mei lalu, NGO hak asasi manusia, Suaram mendakwa dokumen sulit telah dibeli DCNS - firma pembuat kapal yang berpangkalan di Paris - yang kemudiannya menjual kapal selam tersebut kepada Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 05 Siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap DCNS yang difailkan di

Perancis DCNS telah mendedahkan dakwaan bahawa pembayaran telah dibuat kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, Terasasi.

Pengarahnya, Abdul Razak Baginda (kanan), merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang semakin didesak supaya menjelaskan penglibatan beliau dalam skandal tersebut.

Wang tersebut didakwa adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga antara syarikat-syarikat berkenaan, yang menyaksikan Terasasi didakwa menerima kira-kira 36 juta euro (RM142 juta) dari DCNS.

[Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS