Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tiada kuasa untuk menolak permohonan pengundi beralamat tidak lengkap yang diragui.

Katanya, sekiranya pendaftaran itu tidak menerima bantahan daripada penduduk dan diwartakan dalam daftar pemilih utama, sebarang komen tidak berkesan kecuali pengundi sendiri tampil untuk menukarnya.

NONE "Seperti dalam kes Kampung Majidee Johor, tugas SPR mendaftarkan warganegara Malaysia yang layak sebagai pengundi berdasarkan alamat yang tertera di kad pengenalan mereka masa permohonan dibuat dan selepas semakan dengan ALIS/JPN.

"Penolong pendaftar pemilih daripada pejabat kerajaan, NGO, pejabat pos, parti politik, universiti dan sebagainya yang dilantik oleh SPR boleh mendaftarkan pemilih-pemilih kod 71 dan kod-kod lain jika mereka mohon.

"SPR tidak ada hak untuk menolak pendaftaran tersebut bila ALIS/JPN mengesahkan alamat itu sahih dan betul seperti yang direkodkan di JPN juga," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz diminta mengulas dapatan terbaru penyelidik politik Ong Kian Ming baru-baru ini bahawa banyak pengundi baru yang didaftarkan agensi kerajaan (bukan SPR) mempunyai kod 71 dalam kad pengenalan tetapi tanpa nombor rumah dan jalan.

Kod 71 menunjukkan tempat lahir pengundi di luar negara.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS