Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri pertahan bida RM24,200 untuk WWW15
Diterbitkan:  Jun 4, 2012 6:44 PM
Dikemaskini: 11:15 AM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

liow tiong lai and healthcare in malaysia Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS