Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan menjelaskan segera dakwaan seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.

Naib Presidennya N Surendran ( bawah ) berkata, jika tiada tindakan diambil, PKR akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan.

NONE "Saya mahu menteri dalam negeri segera jelaskan kenapa perkara ini boleh berlaku... Perkara ini tugas dan tanggungjawab KDN dan kerajaan untuk selesaikan. PKR tak ada kuasa dan kemudahan untuk selesaikan.

"Kita hanya dapat beri tekanan untuk pastikan agar kerajaan mengambil tindakan ke atas isu ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

NGO yang memantau masalah itu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) pada 31 Mei lalu mendakwa masalah itu berlaku apabila JKM tidak menjalankan tanggungjawab sehingga anak-anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara.

Malaysiakini sudah menghubungi bahagian komunikasi korporat JKM tetapi jabatan bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu masih belum mahu mengulasnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, kenyataan Perbak itu turut membuktikan bahawa dakwaannya berhubung jumlah besar masyarakat India tidak mempunyai kad pengenalan adalah berasas.

"Kenyataan NGO itu membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sebelum ini benar. Sebab mereka tak ada ibu-bapa, anak yatim piatu. Jumlah 1,758 membuktikan ia serius.

"Jika yang didaftarkan dibawah NGO itu 1,758, sudah tentu ada ribuan lagi di seluruh negara yang tak ada MyKad," katanya lagi.

Surendran sebelum ini mendakwa, sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan merah, hijau atau tiada langsung dokumen pengenalan diri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS