Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Belanja besar K-Pop bukan isu jika ditaja

Bayaran untuk persembahan artis Korea sewaktu Hari Belia Negara 2012 lalu bukan isu sekiranya ia mendapat tajaan daripada pihak lain, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.

Drag race crash Shabery Cheek

 

Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.

Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.

"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta.

"Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.

Manfaat ekonomi pada semua

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada kementerian, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.

Ketulenan surat itu bagaimanapun belum dapat disahkan pada masa ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery yakin penganjuran Hari Belia Negara 2012 itu membawa manfaat ekonomi kepada pelbagai pihak seperti peniaga, pempamer, pembekal kelengkapan logistik dan artis terlibat.

NONE "Tahun lepas, kesan ekonominya lebih RM100 juta. Tahun ini dijangka lebih besar dari itu.

"Ertinya modal yang dikeluarkan akhirnya kembali kepada rakyat melalui kesan gandaan yang lebih besar lagi," katanya.

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu menarik perhatian sebahagian pengguna Internet di Malaysia kerana ia didakwa jauh lebih besar berbanding bayaran RM1.8 juta kepada ramai artis tempatan yang turut terlibat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS