Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Mengapa saya dan bukan pengerusi NFC?
Diterbitkan:  May 30, 2012 4:22 PM
Dikemaskini: May 31, 2012 3:37 AM

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mempersoalkan langkah Bank Negara untuk memanggilnya berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi, yang telah menerima notis tersebut di bawah Seksyen 87 (1) (a) akta berkenaan, bertanya mengapa bank pusat itu tidak mengambil tindakan terhadap pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya yang didakwanya "secara terbuka"  memindahkan dana secara "tidak sah" kepada syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

nfc office front "Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga

oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?" soalnya.

Rafizi dipanggil untuk hadir memberi kenyataan jam 2.30 petang ii di Bank Negara.

Bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat selama kira-kira 90 minit, beliau berkata pegawai penyiasatan Nur Sharina Rosli dan Azizul Abdul Ghafar bertanya bagaimana beliau memperolehi dokumen sulit tersebut.

"Saya bercakap benar. Saya beritahu semua yang saya tahu," katanya sambil menambah terserahlah sama ada mereka mahu meneruskan tuduhan terhadapnya.

Menemani beliau ialah Naib Presiden PKR, N Surendran dan pengarah biro undang-undang biro parti itu, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Isu tersebut berkaitan dakwaan Rafizi berhubung pembelian di KL Eco City oleh Mohamad Salleh dan keluarganya, yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta. 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS