Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom yang mengetuai ‘senaman punggung’ di adapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga pada 15 Mei lalu menegaskan beliau bukan ahli Umno.

Sebaliknya, Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata,

beliau dan persatuan yang diasaskannya hanya sebuah persatuan yang menyokong kerajaan dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

NONE “Saya buat kerja dengan betul. Kalau kerajaan sokong saya, saya tak duduk dekat rumah teres macam ni. Saya duduk rumah banglo. Saya orang veteran. Saya buat kerja dengan betul.

“Saya tak dipolitikkan mana-mana pihak...  saya bukan ahli Umno. Saya sokong kerajaan dan menjaga maruah negara yang saya cintai,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini semalam.

Selain itu, ketika ditanya adakah beliau mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang politik, Mohd Ali berkata, tidak sesekali.

Sambil tersenyum memberi perumpamaan ‘ukur baju di badan sendiri’, beliau berkata, sebagai seorang veteran, apa yang ingin dilakukan hanyalah membantu negara.

“Seorang wakil rakyat ini mempunyai pelbagai watak, perlu disiplin, percakapan, bahasa. Saya seorang veteran saya mampu untuk membantu dan menyayangi Selangor dan negara Malaysia,” katanya lagi.

Dua minggu lalu, sekumpulan 15 orang bekas tentera mengadakan senaman di depan rumah Ambiga di Bukit Damansara. Gimik itu dilakukan dengan cara membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu.

Tindakan itu sebagai bantahan terhadap Ambiga berhubung isu perhimpunan BERSIH 3.0 yang disifatkan sebagai ‘’musuh negara yang cuba merosakkan nama negara’’ melalui himpunan pada 28 April lalu.

Menceritakan kembali gimik yang dilakukannya, Mohd Ali berkata, idea itu timbul secara spontan memandangkan ramai rakan-rakan dalam kalangan PVTM sudah lama tidak bersenam.

NONE Bercakap mengenai penolakan air minuman isotonik 100 Plus ketika

dipelawa oleh Ambiga, Mohd Ali berkata, pada waktu itu, mereka tidak lagi dahaga memandangkan senaman itu dibuat hanya beberapa minit.

“Waktu saya datang, pintu rumah Ambiga terbuka, dan dia keluarkan air 100 Plus. Bila kita buat senaman, jurugambar hanya ambil gambar masa saya tengah menonggeng. Masa saya angkat, tepuk tangan tak ambil.  Bila tonggeng baru gambar ambil. Tapi siapa makan cili, dia rasa pedas...

“Idea (senaman punggung) datang sendiri. Saya tengok kawan-kawan dalam veteran dah lama tak jalankan aktiviti senaman dan saya rasakan tempat itulah (depan rumah Ambiga) yang paling sesuai.

“Saya terpanggil untuk membuat senaman di kawasan beliau kerana keputusan telah dibuat. Kita tak kira bangsa. Senaman tak kenal bangsa. Secara kebetulan dan dia ‘tiket’ nombor satu.

NONE “Saya tak minum air 100 Plus kerana kami tak panas dan dahaga.

Baru beberapa minit masa tu, dia bagi saya. Saya tak rasa haus. Saya seorang peninju. Saya tahu bagaimana kehausan saya hadapi kerana saya naik-turun  untuk latihan di Gunung Kinabalu,” katanya lagi.

Mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0, pesara tentera yang pernah berkhidmat selama lapan tahun itu menganggap, himpunan tersebut merupakan satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Katanya, jika gabungan itu tidak mengingkari arahan daripada mahkamah dan pihak berkuasa, huru-hara tidak akan berlaku.

Malah, Mohd Ali turut menasihati agar pihak pembangkang mengikuti jejak Umno yang mengadakan Ulangtahun Umno ke-66  pada 11 hingga 13 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Bila lihat pertempuran yang berlaku, jika tak engkar arahan daripada pihak mahkamah atau berkuasa, saya rasa kecederaan terhadap polis, media, orang awam tidak berlaku. Menghasut, memaki hamun, itu bukan budaya yang dilaungkan di Malaysia.

“Tak kira pembangkang atau kerajaan, perlu duduk berbincang untuk selesai masalah bukan dengan cara demonstrasi haram,” ujarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS