Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM buat laporan polis 'fail rasuah' Azmin bocor
Diterbitkan:  May 30, 2012 12:34 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin, bahawa dia mendapat satu laporan sulit yang membuktikan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 'disiasat atas dakwaan rasuah' pada tahun 1995.

Panel Penilaian Operasi SPRM juga akan bermesyuarat esok bagi membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin itu dihentikan.

Ketika itu, Anwar merupakan timbalan perdana menteri, manakala Azmin adalah setiausaha peribadinya.

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali memberitahu akhbar Berita Harian bahawa panel itu membincangkan dakwaan Raja Petra itu kerana menurutnya, jika benar, siasatan akan dilakukan.

"Siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu," katanya dalam laporan akhbar tersebut.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Putrajaya petang semalam, katanya.

"Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini akan diketahui selepas kami membentangkan laporan kepada panel penilaian operasi (esok)," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS