Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Agama Islam Selangor hari ini menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Pengarah syarikat terebut, Ezra Zaid dalam tulisan di Twitter berkata pasukan 20 orang penguatkuasa itu turut merampas 180 naskhah buku dalam serbuan di Merchant Square, Petaling Jaya.

NONE Operasi itu dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atau (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak" mengikut waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

Penguatkuasa berkenaan turut mengheret anak lelaki kepada presiden parti KITA itu ke mahkamah berkenaan petang ini.

Ketika dihubungi, peguam Nizam Bashir berkata Ezra kemudiannya dibebaskan petang ini selepas dikenakan jaminan RM1,800, walau tidak dikenakan sebarang dakwaan.

JAIS bertindak demikian mengikut Seksyen 22(5) Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor, katanya.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan juga versi bahasa Inggerisnya Allah, Liberty and Love kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Kerajaan turut mengharamkan buku Irshad bertajuk The Trouble With Islam Today pada 2009.

[Baca berita penuh]

ADS