Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng terima debat kali kedua dengan Soi Lek
Diterbitkan:  May 29, 2012 10:30 AM
Dikemaskini: 5:50 AM

Selepas perdebatan 'secara langsung' dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada bulan Februari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menerima satu lagi jemputan untuk berdepan dengan musuh politiknya pada 8 Julai ini.

chua soi lek and lim guan eng debate Setiausaha akhbar Lim menghantar salinan surat jemputan tersebut kepada pihak media pagi ini.

Tidak pasti sama Soi Lek bersetuju untuk menghadiri debat tersebut.

Bertajuk 'Debat Lim-Chua 2.0', surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.

Perdebatan ditetapkan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang tetapi tidak dinyatakan tempat dan bahasa bagi debat tersebut.

Tajuk debat tersebut ialah 'DAP dan MCA: Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada masyarakat?'.

Ini akan meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

ASLI - sebuah badan pemikir tanpa keuntungan - telah menganjurkan debat pertama Lim-Chua sebelum ini.

[Baca berita penuh]

ADS