Exco Selangor Teresa Kok mempersoalkan tindakan perdana menteri berdiam diri terhadap "serangan ganas" terhadap ceramah Pakatan Rakyat akhir-akhir ini sebagai idea sederhana yang dipromosikannya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Seputeh itu berkata, rakyat Malaysia tidak syak lagi hidup dalam ketakutan dan malu akibat insiden itu.
"Adakah ini konsep 1Malaysia yang dikempen oleh kerajaan? Inikah Pergerakan Global untuk Kesederhanaan yang dipromosikan perdana menteri?
"Inikah maksudnya pilihan raya bebas dan adil," soal Teresa merujuk kepada pelbagai insiden dalam ceramah Pakatan termasuk di Merlimau, Lembah Pantai, Bangi and Kuala Kangsar dalam masa terdekat. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, insiden keganasan, terutamanya di Lembah Pantai amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam kawasan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
"Insiden ini juga memperlihatkan seolah-olah ada pihak merasa amat cemas dengan kebangkitan rakyat dan gerun mendengar pendedahan demi pendedahan mengenai skandal pemimpin-pemimpin Umno yang semakin terbongkar," kata timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.