Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4 Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.

Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.

Katanya, oleh kerana Malaysia negara demokratik, setiap pihak boleh saling mengkritik satu sama lain tetapi kemarahan itu tidak boleh disalurkan sebagai keganasan.

Dalam insiden di Pantai dalam dekat ibu negara kelmarin, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera, termasuk seorang kanak-kanak ekoran ketegangan daripada ceramah PKR dan Umno yang berlangsung bersebelahan.

[Baca berita penuh]


Malaysiakini akan menyiarkan laporan hasil wawancara dengan Musa dalam empat bahagian pada minggu depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS