Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan nasihat pelajar tak terlibat demo jalanan
Diterbitkan:  May 23, 2012 8:04 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.

Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM, bertitah demontrasi jalanan amat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini kerana perbuatan itu hanya mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat.

"Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal," titah baginda pada majlis Gemilang Akademia UPM, di Serdang pada Rabu.

Titah baginda perbuatan tersebut mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan dibuang universiti.

"Pelajar sepatutnya menumpukan perhatian di dewan kuliah atau di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS