Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk S Ambiga berterima kasih kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memadamkan tanda lot niaga depan rumahnya dekat ibu negara yang ditandakan kumpulan anti-BERSIH dan memantau keadaan di situ.

"Sebagai kredit, mereka (DBKL) berada di sini tanpa henti, begitu juga polis.

"Saya berterima kasih kerana memberikan perlindungan hingga ke tahap ini," kata pengerusi bersama BERSIH itu.

Beliau menegaskan akan terus bersama orang ramai menuntut pilihan raya bersih dan adil dan mendesak pihak yang tidak selesa dengannya membawa perkara itu ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika dilawati wakil Pakatan Rakyat di rumahnya di Bukit Damansara hari ini yang menjadi sasaran bantahan anti-BERSIH sejak dua minggu lalu.

NONE Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) yang mengumumkan bantahan 60 peniaga kecil dengan membuka gerai di hadapan rumah Ambiga sebelum ini menandakan lot niaga di depan rumah Ambiga dengan cat kuning.

Walaupun dilarang DBKL, mereka bahkan menjual tapak niaga itu dengan lot utama dibida dengan harga RM5,000 semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS