Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Keengganan Zahid kerjasama timbulkan persoalan'
Diterbitkan:  May 16, 2012 4:17 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk memanggilnya berhubung siasatan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, mengambarkan "ketakutannya yang amat sangat", dakwa Jingga 13 - sebuah NGO yang berkaitan dengan PKR.

NONE Penyelaras Jingga 13, Faiz Musa (kanan) berkata adalah janggal dan

menimbulkan tandatanya kepada seluruh rakyat jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Zahid, tidak bersedia untuk menghadiri perbicaraan tersebut, seolah-olah menyembunyikan sesuatu dan berdolak dalik agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara tidak terbongkar.

Menurutnya, Najib Razak dan Zahid tidak perlu takut untuk hadir keperbicaraan tersebut jika mereka tidak bersalah dan tidak terlibat dengan skandal tersebut.

Faiz menegaskan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Zahid mengenai perkara itu.

Zahid sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), peguam Perancis Joseph Breham berkata, mahkamah negara itu yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene tersebut mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

Mahkamah Perancis, katanya, mempunyai bidangkuasa ke atas semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata Breham yang mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS