Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH kecam polis buru, seorang peserta serah diri 'dipukul'

Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengecam tindakan polis memburu peserta perhimpunan anjurannya bulan lepas dan dakwaan layanan buruk terhadap seorang peserta yang tampil menyerah diri secara sukarela.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Penyelaras BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata mereka tidak sepatutnya diburu.

Katanya, jika tahu siapa mereka, maka pihak polis hendaklah menghantar surat meminta mereka datang ke balai.

NONE "Dan Mohd Safuan Mamat (kanan), yang tampil secara sukarela, telah ditangkap dan kemudian dipukul ," kata Maria.

"Apa apakah mesej mereka kepada orang ramai, apabila anda tampil untuk bekerjasama, anda dipukul?" soal Maria lagi.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A

Samad Said, atau lebih mesra dengan paggilan Pak Samad berkata, tindakan pihak polis telah dikaitkan dengan kenyataan awal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua polis negara, yang cuba "menggambarkan BERSIH sebagai elemen subversif ".

Beliau mendakwa tindakan polis memburu dan memukul peserta perhimpunan itu, adalah helah polis untuk memaksa mereka pengakuan supaya ia boleh digunakan untuk mengatakan bahawa gerakan reformasi sistem pilihan raya itu, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Mohd Safuan (kanan) yang membuat laporan polis semalam berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin, dan juga mendakwa telah dipaksa mengaku terhadap pelbagai kesalahan.

[Baca berita penuh]

ADS