Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik mendakwa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

NONE "Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,"dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam (gambar atas, kedudukan di tengah) menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS