Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menjadi sasaran dalam satu program ceramah Umno pada malam tadi dengan selamba muncul di program tersebut dan duduk bersama pemimpin yang hadir.

NONE Insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke program ceramahnya, yang terletak kira-kira 200 meter daripada lokasi ceramah "Nizar pembohong bersiri" tersebut di Tualang Sekah, kata Nizar.

Beliau singgah ke ceramah tersebut apabila melihat kain rentang yang terpapar namanya itu, kata Nizar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau tertanya-tanya, apakah "pembohongan" yang telah disebarkannya itu, kata Nizar yang menyifatkan kunjungannya itu sebagai muhasabah dirinya.

Perkara pertama yang didengarnya ketika sampai ke program itu ialah suara bekas ahli PKR Hanafiah Man yang keras mengkritiknya, kata Nizar.

Hanafiah yang menyedari kehadiran beliau kemudiannya beralih topik kepada kritikan ke atas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para hadirin seramai kira-kira 100 orang itu juga terkejut melihat kehadirannya di majlis tersebut, kata Nizar lagi.

"Saya rasa mereka pucat," katanya sambil ketawa.

Beberapa orang di majlis itu memintanya beredar namun beliau berkeras untuk berada di situ kerana majlis tersebut berkait dengan dirinya.

Katanya lagi beliau mahu mendengar ceramah tersebut da, beliau juga akan mengalu-alukan kedatangan mereka ke program ceramahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS