Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi desakan mansuh tol Batu 3, Sg Rasau
Diterbitkan:  May 12, 2012 2:46 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan kerajaan Pusat pimpinan BN terus mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol itu bertujuan memindahkan beban kos pembinaan pembesaran RM357 juta kepada rakyat.

Bagaimanapun, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu mendakwa, keuntungan berlipat kali ganda terus dikaut daripada pungutan tol tanpa rasa bersalah.

NONE "Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat termasuk lebuh raya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos malah turut berdepan dengan kenaikan harga tol, kenaikan harga barang keperluan dan makanan termasuk kenaikan harga petrol," katanya.

Justeru, kata Fariz, JINGGA 13 menyokong penuh penganjuran perhimpunan membantah tol itu di plaza tol Batu Tiga dekat Shah Alam anjuran Pakatan Rakyat Selangor esok.

Desakan itu juga bagaimanapun menariknya dikongsi bersama lebih 200 penyokong BN yang sudah berhimpun di plaza tol Sungai Rasau bagi menuntut perkara sama semalam.

azlan Perhimpunan Pakatan Selangor esok dijadual berlangsung di plaza tol Sungai Rasau pada awal petang.

Sementara itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pula menyokong perhimpunan esok kerana mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk "penindasan dan perniagaan" atas titik peluh rakyat.

Presidennya Saifuddin Shafi Muhammad berkata, selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu mencecah hampir dua kali ganda dan kebenaran mengutip tol kepada konsesi diberikan sehingga 2018.

"Ini bermakna ratusan ribu rakyat terpaksa menanggung beban berterusan selama lebih kurang enam tahun lagi dan ini berlawanan dengan tanggungjawab sebenar kerajaan untuk menyediakan prasarana percuma dan berkualiti kepada rakyat," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS