Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh pepaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

NONE "Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya.

Walaupun menuntut pemansuhan dua tol itu, perhimpunan mereka hanya diadakan di Tol Batu Tiga.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam pagi ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada Pusat bagi memansuhkannnya.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".

Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.

Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.

Dewan Negeri lulus mansuhkan tol

Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan Rehat dan Rawat yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.

Beliau juga berharap pihak keselamatan  dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.

azlan Katanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

Sementara itu, keputusan untuk memansuhkan tol tersebut telah dibincangkan dan dibahaskan dalam sidang DUN Selangor pada 27 Mac lalu.

Bahkan, sebulat suara meluluskan cadangan pemansuhan tol tersebut.

"Rasionalnya, kita mahu kerajaan Pusat mengkaji konsesi tersebut, sebab ada klausa membenarkan kerajaan membeli balik atas kepentingan nasional.

"Kita mahu ia dikaji, tamat pada 2023, apakah ia telah menguntungkan pihak yang membinanya... Kerajaan wajar beli balik dan mansuhkan," kata Exco Selangor Rodziah Ismail.

Katanya, berdasarkan statistik sebanyak 30,000 kenderaan menggunakan tol tersebut, tidak ada sebab ia tidak menguntungkan pihak yang membinanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS