Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah Unit Amal PAS terima peluru
Diterbitkan:  May 8, 2012 4:30 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Ketua Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman mendakwa menerima peluru bersama surat ugutan bunuh yang diposkan ke rumahnya di Melaka lewat pagi tadi.

NONE Menurut Johari, beliau menyedari perkara itu apabila balik mengambil anaknya dan tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Bila saya buka, (ada) gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari... PENGKHIANAT'.

"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily .

Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS