Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mengemukakan saman terhadap dua MP PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad atas dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkan ke atasnya.

NONE Hasan berkata saman (kiri) ke atas Khalid itu adalah berhubung dakwaan bahawa dana dan program jelajah JATI dibiayai oleh syarikat tertentu.

Saman ke atas Mahfuz pula adalah berhubung dakwaan JATI dibiayai kontrak bernilai RM30 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan.

"Saya menyatakan berulang kali bahawa tuduhan yang dilemparkan kedua-dua ahli parlimen tersebut berniat jahat (dan) tidak berasas," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Katanya lagi, dakwaan itu juga ditimbulkan untuk memburukkan nama baiknya dan JATI, selain merosakkan karier politiknya.

Dalam sidang media sama, peguamnya Hasnal Rezua Merican berkata saman ke atas Mahfuz dan Khalid itu masing-masing difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 April lalu.

NONE Saman berkenaan adalah untuk menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, katanya.

Tambahnya, notis saman telah diserahkan kepada Khalid dan pengurusan kes tersebut dijalankan pada 30 April lalu.

Notis ke atas Mahfuz belum dapat diserahkan namun mahkamah telahp un menetapkan pengurusan kes diadakan pada 9 Mei, katanya lagi.

Plaintif juga memfailkan injunksi agar kedua-dua defendan berkenaan tidak mengulangi dakwaan tersebut, katanya.

ADS