Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang lelaki didakwa berhubung perhimpunan Sabtu lepas
Diterbitkan:  May 3, 2012 4:31 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Jabatan Peguam Negara menyatakan seorang lelaki akan dihadapkan ke mahkamah kerana terdapat bukti mencukupi mengenai pembabitannya dalam perhimpunan di ibu negara Sabtu lepas yang mencetuskan keadaan kacau-bilau.

    

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata polis telah diminta membawa lelaki berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi tujuan tersebut, hari ini.

    

Kata jabatan itu, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai antara penunjuk perasaan yang membuka sekatan polis di Jalan Raja.

    

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram dan tuduhan alternatif mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana melanggar perintah majistret.

    

"Bukti yang ada menunjukkan dia mengingkari perintah majistret yang dibuat mengikut Seksyen 98 Kanun Aturcara Jenayah, yang dikeluarkan pada 26 April," kata kenyataan itu.

    

Mahkamah Majisteret mengeluarkan perintah menghalang penganjur perhimpunan itu dan orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka mulai tengah malam Jumaat hingga 1 Mei.

    

Kenyataan itu berkata kertas siasatan berhubung perhimpunan berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS