Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penggunaan air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0 cara "paling kurang menyakitkan" untuk mengawal mereka, kata polis, sambil mendakwa kaedah itu diiktiraf pakar dan diguna di seluruh dunia.

NONE "Penggunaan meriam air cara paling kurang menyakitkan untuk menyuraikan khalayak," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Majlis Santai Media bersama Ketua Polis Negara di Bukit Aman pagi tadi.

Teknik itu, katanya, bukan sahaja digunakan di Malaysia tetapi juga rakan setugas mereka di luar negara dan ia diakui pakar.

Tambahnya, polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal diri mereka daripada bertindak kasar sebelum menggunakan meriam air ke arah peserta BERSIH 3.0 Ahad lalu.

"Mereka hanya menggunakan meriam air selepas peserta mara kira-kira 200 meter," katanya.

Kenyataan Ismail dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam yang mendakwa gas pemedih mata dan meriam air berkimia tidak membahayakan kesihatan peserta BERSIH.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS