Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
175,000 nama pengundi diragui diserah pada istana

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyerahkan senarai nama lebih 175,000 pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut Mahfuz (gambar, kiri sekali), senarai itu mengandungi nama pengundi dengan kod kelahiran dengan "angka-angka pelik" dalam kad pengenalan.

NONE Selain itu, ia juga melibatkan pengundi yang mempunyai kod kelahiran 71 (kelahiran luar negara) dalam kad pengenalan tetapi bukan berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain.

"Kedatangan mereka boleh menggugat sistem beraja kerana di negara mereka tidak ada sistem raja berperlembagaan.

"Malah di Nepal juga mereka telah menggulingkan raja mereka sebelum ini," kata anggota parlimen Pokok Sena itu.

Pohon tak perkenan bubar Parlimen

Justeru, beliau menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

"Kita mohon perkenan ke bawah duli Seri Paduka Baginda untuk membentuk suruhanjaya diraja untuk siasat pemberian kewarganegaraan kepada warga asing," kata Mahfuz.

Penyerahan senarai itu dibuat Mahfuz susulan dakwaan beliau sebelum ini bahawa wujud 'task force' yang beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri dan memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

Mengulas penafian Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar tentang penglibatannya dalam 'task force' itu, Mahfuz berkata Wan Ahmad hanya menafikan penglibatannya tetapi tidak menafikan kewujudan 'task force' itu sendiri.

Mahfuz juga memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sebelum diruhanjaya diraja yang dicadangkan selesai menyiasat dakwaannya.

Beliau turut menggesa agar mereka yang didakwanya terlibat dalam 'task force' itu digantung tugas sehingga siasatan selesai.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS