Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 12 syarikat pengiklanan luar di Negeri Sembilan berang dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk menyerahkan pemilikan dan pengurusan semua papan iklan di negeri ini kepada sebuah syarikat tunggal.

NONE Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu

dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa.

Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat lokasi dan saiz papan iklan.

"Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew kepada Malaysiakini.

"Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah."

mohamad hasan negeri sembilan mb Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan

negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan di bawah YNS.

"Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew.

NONE Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd,

sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan penswastaan tersebut.

Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 31 Disember 2011.

Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit.

[Baca berita penuh]

ADS